Malam yang penuh kesunyian sudah berakhir. Kini subuh telah tiba. Azan subuh jelas kedengaran di seluruh Kampung Ganggarak. Kelihatan bintang-bintang di langit semakin menghilang dan lenyap dari angkasa malam. Lantas, dia bangun dan membasuh muka. Hajat untuk solat subuh ditunaikan. Setelah membasuh muka air wuduk terus di ambil dan bersedialah dia untuk mengerjakan solat. Sejadah sedia di lemparkan. Telekungnya yang tersedia kemas atas meja kecil sebelah almari bajunya dipakai, lalu mengerjakan solat subuh. Gerak gerinya lembut, setiap surah dibaca dengan betul serta khusyuk. Mudah-mudahan solatnya itu diterima oleh Allah S.W.T dan dirinya tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.
Selesai solat, telekung di bukanya lalu dilipat balik dan meletaknya kembali ke tempat asal manakala sejadah di gantungnya di hujung katil. Begitu tertib sekali anak muda ini. Jam menunjukkan pukul lima pagi. Tanpa apa-apa lagi bicara, tuala yang berjemur di belakang kerusi di tariknya pantas, lalu membawa diri menuju ke kamar mandi. Sememangnya sejuk udara pada pagi itu, namun itu tidak menjadi penghalang baginya. Selesai mandi, dia bersiap untuk ke sekolah lalu turun ke dapur untuk sarapan pagi. Beg berwarna turquoise digalas dengan cermat, ‘keychain’ hati jelas kelihatan di sebelah kiri beg tersebut. Setelah dihadiahkan pada hari lahirnya pertengahan tahun lepas, itulah satu-satunya benda yang amat berharga dalam hidup gadis muda ini. ‘Keychain’ berbentuk hati itu telah disimpannya selama setahun, sehingga sekarang ia sentiasa berada disisi tuannya.
Di dapur kelihatan Mak Aida sibuk mengurus bekal untuk suaminya. Sarapan pagi telah siap di sediakan di atas meja , menunggu untuk di baham. Bubur ayam dan cucur pisang, itulah menu untuk sarapan pagi ini. Meskipun tidak mewah namun ia cukup untuk mengisi perut yang kosong. Teh dalam teko di tuangnya, lalu di minumnya sedikit sebelum mula makan. “ Bismilahirrahmannirahim”, mulutnya menyebut. Begitu enak sekali sarapan pagi, memang benar segala yang datang dari air tangan seorang ibu tiada tandingannya. Mak Aida hanya tersenyum melihat anak daranya makan.
“ Nanti lepas makan, Hawa tolong mama basuh pinggan ar?”, ujar Mak Aida.
“ Ok, macam ndak biasa jak mama ni…hehe…sedap sarapan pagi ni mak”, balas Hawa dengan senyuman. Mulutnya masih mengunyah makanan. Hawa kesedapan. Dia begitu berterima kasih pada ibunya kerana sanggup membuat sarapan pagi hari-hari untuknya dan ahli keluarga yang lain.
Mak Aida tersenyum. Anak manja yang dulunya kecil meminta suap ketika makan kini sudah menjadi seorang Anak dara yang telah matang dan sudah pandai berdikari sendiri. Begitu cepat mereka membesar. Selesai bersarapan, pinggan dan cawannya di basuh seperti yang di janjikan. Hawa ke ruang tamu, televisyen di pasangnya. Siaran astro oasis menjadi santapan untuk pagi itu. Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarganya memasang televisyen pada waktu subuh, siaran ‘Indahnya Iman’ merupakan siaran yang wajib untuk di tonton awal pagi dalam rumahnya. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari siaran tersebut memenuhi setiap rongga rumah kampung itu. Menyerikannya dengan lebih lagi.
‘ten teeet…ten teeet…ten teeet’
Kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Pelik, siapakah yang menghubunginya awal pagi sebegini?. Lantas, telefon bimbitnya di keluarkan dari kocek baju. ‘One massage received’. Terpampang luas depan skrin lalu di bukanya mesej yang diterima itu.
[ as salam awak. da solat ka?. maaf lau kcw. nk gtw yg adam dh blik kemarin ptg. xsmpt mo gtw kmrin. Penat sgt 0o~ =( . pa2 pun hrp awak siht. nnty jmpa d skolah ok?. da smting nk ksi ni ~ =) . jan lupa. Salam ]
Hatinya terdetik seketika. Adakah benar apa yang telah dibacanya itu?. Atau ia hanya jenaka semata-mata?. Dalam kepalanya pelbagai persoalan muncul. Satu persatu dia cuba mencari jawapan yang mampu menjelaskan kenyataan itu tadi. Namun tiada langsung yang boleh di fikirkan sebagai suatu penjelasan. Walau apa pun jua, mesej tersebut harus dibalas. Dirinya tertanya-tanya. Apakah ‘smting’ itu?. Pantas jarinya menekan butang-butang nombor sambil membina ayat untuk membalas mesej yang diterima. Selesai. Butang send ditekan maka terbalaslah mesej tersebut. Hawa tersenyum sendirian, hatinya kembali ceria. Rindunya pada malam hari kini sudah hilang, sebaik saja menerima mesej daripada insan bernama Adam yang dirinduinya itu .Dia kini lebih bersemangat untuk menjalankan hari-hari terakhir persekolahannya pada tahun ini. Meskipun dirinya belum bersedia untuk menghadapi cabaran- cabaran yang menunggunya pada tahun hadapan. Namun dia bertekad untuk bertahan agar tidak kecundang nanti. Jam menunjukkan pukul enam tiga puluh pagi. Sungguh jauh angan-angannya menghanyutkan dia pergi. Kedengaran bunyi bas sekolahnya berdesis di halaman rumah, tanpa melengahkan masa telefon bimbitnya di letakkan semula di atas meja kemudian dia memakai kasut dan berarah pergi menaiki bas yang menunggunya ke sekolah.
********
[ wasalam. Suda tdi =) . ndk pa, xkcw pun =). Alhamdulillah lau da smpy. penat? bwk la brehat ar? .Ndk pa tu. Yg pnting abg slamt smpy ^^ . emmm bah, ya la. Nnty jmpa d skolah. Salam =) ] Adam senyum. Mesej yang diterima membuat dirinya gembira sekali. Hatinya berdebar ketika membaca mesej tersebut. ‘Alhamdulillah’, di bisiknya dalam hati. Senyuman lebar masih terukir kemas pada wajah teruna itu. Akhirnya rindunya terubat. Sekilas wajah seorang Hawa muncul dalam kotak mindanya. ‘Awak’. Sebutannya jelas kedengaran. Wajahnya yang cerah penuh kecerian menyeri taman hati anak muda itu yang sepi dan gelap gelita. Tak boleh dinafikan, dirinya telah jatuh hati pada insan tersebut. Namun, dia terdetik sebentar. Apakah ini sememangnya benar?. Perasaan yang dahulunya dikatakan tidak layak untuk diri lelaki ini kini muncul kerana segenap rasa. Cinta. Adam terkesima. Dia tahu bahawa perasaan ini adalah salah untuknya miliki. Tetapi dia seolah-olah acuh tak acuh. Fikirannya melayang. Kemudian dia teringat sesuatu. Satu pesanan yang telah diberi kepadanya, oleh dia. “Kalau dusta tika kasih diberi, maka dustalah cinta di hati…Kalau iman kacir di duniawi, maka hanyutlah cinta ilahi…Hendakkah diri mengejar dia? Meskipun hati sedia tuk DIA?”. Memang benar. Adam beristighfar.Telefon bimbitnya di pegang erat, takkan ada yang mampu melepaskan. Keadaan menjadi sunyi. Dalam diam dia berdoa.
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang….
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam….
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ahli keluarganya….
Ya Allah…tuhan yang menjalankan awan, menyalakan bintang
dan memutarkan bumi, Engkau merajai seluruh alam dan makhluk-makhluknya termasuklah diriku sendiri, yang hanyalah seorang hamba yang lemah dalam medan duniawi ini. Engkau yang maha mendengar lagi maha mengetahui apa yang tersisip dalam athma setiap manusia ciptaan-Mu.
Atas dasar ku hanyalah seorang hamba yang dahagakan kasih dan sayang
Tuhan yang maha esa, ku merafakkan kesyukuran pada-Mu ya Allah. Peliharalah hatiku yang celaru ini, kerna ku tak upaya menjaganya sendiri, agar ia bersih dan bernilai seperti biasa. Kerna diriku telah di perangkap oleh nafsuku yang haloba.
Kasihku pada-Mu yang teguh, kini semakin rapuh olehnya…
Perasaanku pada-Mu yang dulunya tak terkata kini gundah bak terhempas malapetaka gara-garanya…
Dan Rinduku pada-Mu semakin hari semakin hilang sedihnya serta air mata kerananya….
Ya Allah…tuhan yang menghentikan masa berdetik, meninggikan langit biru
Dan menggerakkan hati manusia, Aku hanya lelaki biasa.
Aku bukan Adam dek Muhammad S.A.W Yang sentiasa tabah dalam kehidupan.. Serta tetap pendirian..
Aku bukan Adam dek Umar bin Al-khattab Berani melawan musuh rakus.. Menghayun pedang untuk menghampus..
Jika benar hatiku diketuk tirainya dengan sekilas wajah insan bernama
Siti Hawa Syazwina. Engkau tabahkanlah hatiku ya Rahman, agar
Kasihku kekal setia pada-Mu yang selamanya…
Perasaanku takkan terpisah dari-Mu meskipun digoyah…
Dan rinduku akan-Mu tiada tandingan dengan rindunya…
Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik
Untuk aku dan dirinya…Ku berserah, ya Allah…..
Sehingga atmosferaku terbakar, takkan ku terpisah dan lupa akan-Mu,
Yang sedia menemani saat diri keseorangan…
Maha suci Engkau, aku yakin Engkau pasti memperkenankan doaku ini.
Kerana Engkau Kaya lagi maha Agung.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya…
Dan segala puji bagi tuhan Rabbulalamin…
Doa diaminkan. Hatinya kembali tenang. Begitukah perasaannya apabila kita cinta?. Mungkin. Dirinya sememangnya lemah, bukan kerana urusan athma yang dialami tetapi juga dengan urusan dunia yang bakal dihadapi. Adam ketika itu berdiri di halaman rumah. Sambil-sambil menghirup udara segar yang menyelubungi atmosferanya. Ketenangan kini berada disisinya. Tetapi hanya sementara. Jam tangannya dilihat. Tujuh pagi, jelas kelihatan. Lewat!. Hatinya berbisik. Tanpa melengahkan masa tangan ibunya di cium lalu dia beransur pergi ke sekolah. Dengan sebuah senyuman, harinya bermula.
********
Hawa turun dari bas bersama rakan-rakan yang lain. Di langit awan kelabu berkelompok menutupi paras rupa sang matahari. Satu petanda akan turunnya hujan. Suasana sekolah begitu sepi sekali. Apa tidaknya, cuti sekolah hampir tiba dan semestinya menjadi penungguan setiap pelajar di Malaysia. Beg berwarna turquoise digalasnya masuk barisan kelas. Saat dirinya mula melangkah jalan, Hawa terhenti seolah-olah di tarik oleh seseorang atau ‘sesemakhluk’. Dia berpaling ke belakang. Dan kemudian terkesima secara tiba-tiba. ‘Adam!’ hatinya menjerit. Salam diberi.
“ Assalammualaikum awak”, sambil matanya menatap mata sang Hawa.